Fauzi - calon 'kitar semula' cerahkan peluang BN rampas Indera Mahkota...


Pembangkang khususnya PKR sudah boleh ucap ‘selamat tinggal’ pada kerusi Parlimen Indera Mahkota di Pahang apabila menamakan Datuk Fauzi Abdul Rahman bertanding di tempat itu pada PRU nanti.

Rakyat Pahang cukup kenal sikap bekas ahli parlimen Kuantan pada 1990 dan lima tahun kemudian kemudian jadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah.

Boleh dikatakan ramai penduduk Beserah bercakap soal beliau memonopoli tanah-tanah sekitar Kuantan dan Beserah dan tidak ada kejayaan besar sewaktu Fauzi bergelar wakil rakyat.

Justeru itu, bagi pengundi Indera Mahkota, bersebelahan parlimen Kuantan, Fauzi hanyalah calon kitar semula yang dipilih PKR kerana menyangka beliau masih berpengaruh.

Pengumuman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan bekas pemimpin UMNO itu langsung tidak menghairankan kerana sok sek untuk meletakkan Fauzi bertanding di parlimen itu sudah kedengaran sejak dua tahun lalu.

Jangkaan itu semakin kuat apabila Anwar melantik ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail sebagai Pengerusi PKR Terengganu dan Fauzi menggantikan tempat Azan menerajui PKR Pahang.

Kesihan dengan Azan, antara pemimpin PKR yang berbakat tetapi kerana Fauzi adalah kawan rapat Anwar ketika di MCKK pada 1964, Fauzi diletakkan di Indera Mahkota -tempat yang pada anggapan PKR, adalah kerusi selamat.

Nasib Azan yang dilontar ke Terengganu belum diketahui lagi walaupun sebagai Pimpinan negeri, satu kerusi sama ada Parlimen atau DUN sudah tentu dalam tangan.

Berbalik pasal Fauzi, Anwar tentu silap percaturan mencalonkan bekas Setiausaha Parlimen dan timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di parlimen itu.

Bukan sahaja di situ, malah jika bertanding di kawasan lain termasuk di Kuantan, harapan Fauzi menang amat tipis.

Nama Fauzi di Kuantan mahupun di Beserah tidak ‘gah’ seperti arwah ayahnya Abdul Rahman Talib – bekas Menteri Pelajaran. Walaupun, nama ayahnya diabadikan pada sekolah – Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) di Beserah, Fauzi tidak berupaya menyaingi legasi ayahnya.

Jika tidak mustahil Fauzi sanggup meninggalkan UMNO pada 2008 untuk bersama-sama Anwar dan kemudian memujuk diberikan jawatan Pengerusi PKR dan mahu bertanding di Indera Mahkota –sekaligus mengenepikan Azan.

Fauzi sudah tunjuk sikapnya dan pengundi-pengundi di Indera Mahkota tentu tidak mudah terpengaruh untuk memberi ruang kepada beliau memenangi kerusi tersebut.

Paling tidakpun, pengundi yang selama ini lebih mengenali Azan sudah tahu menilai kewibawaan antara mereka dan yang jelas Fauzi bukan ancaman besar kepada BN untuk menang kerusi itu nanti.

Sebab itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pencalonan Fauzi untuk bertanding kerusi Parlimen Indera Mahkota tidak akan menggoyahkan semangat BN bagi  merampas kembali kerusi itu.

Beliau yakin BN boleh memenangi kembali Indera Mahkota dengan meletakkan calon yang tepat dan berpotensi.

"Datuk Fauzi adalah seorang yang sangat berpengalaman dan bekas ahli BN, tetapi...sokongan untuk beliau kini telah berkurangan," katanya. Pada pilihan raya umum 2008, Azan mengalahkan calon BN, Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan majoriti 1,027 undi.

Fauzi pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1997 hingga 1999 dan pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Kuantan. Pada 23 Julai 2008, Fauzi mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana