DAP Johor: PAS tak layak dapat undi bukan Muslim...Tamparan HEbat Buat PAS Kali Ini


JOHOR BHARU: Pemimpin nombor dua DAP Johor menggesa rakyat di Johor tidak mengundi PAS kerana yakin parti itu tidak ikhlas dalam berjuang bersama Pakatan Rakyat.

Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez juga mendesak DAP untuk keluar daripada pakatan pembangkang selagi PAS menganggotainya.

“Saya akhirnya telah memutuskan bahawa PAS tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa,” kata beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika pimpinan tertinggi PAS-DAP berganding bahu untuk menawan Johor dalam cubaan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya.

Kedua-dua parti itu meletakkan pemimpin kanan untuk bertanding di negeri itu, termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob.

Kemungkinan Hadi menjadi perdana menteri jika Pakatan menawan Putrajaya meresahkan pengundi Cina dan menjadi isu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Malah Kit Siang dipetik berkata semua pihak harus bimbang dengan kemungkinan sebegitu kerana katanya “kita tidak tahu apa yang akan dilakukan” oleh beliau kepada rakyat bukan Muslim.

Norman bagaimanapun, tidak membataskan isu itu kepada soal siapa akan menjadi perdana menteri tetapi membidas dasar-dasar PAS keseluruhannya.

Norman berkata, tindakan-tindakan yang diambil oleh PAS secara bersendirian dan keengganan menerima secara mutlak manifesto Pakatan Rakyat harus meyakinkan bukan Muslim bahaya memberikan undi kepada PAS.

“DAP mesti sedar bahawa PAS bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini,” kata beliau.

“Pada tahun 1999, DAP mengambil keputusan berani (keluar daripada Angkatan Perpaduan Ummah) dan sekali lagi sekarang, DAP harus membuat pendirian sama berani,” kata beliau.

Beliau berkata perkembangan muktahir di Mesir harus menjadi iktibar kepada pengundi bukan Islam untuk menolak PAS.

“Di sana, revolusi oleh rakyat digunakan oleh pelampau agama untuk menekan bukan Muslim yang semakin kehilangan hak dan identiti mereka dalam Mesir yang baru,” kata beliau.

The Star hari ini melaporkan Fernandez bersedia dikenakan tindakan oleh DAP Pusat kerana menolak PAS secara terbuka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana