Cetus kecoh: PR tahu akan kalah - Ismail Kijo


SHAH ALAM: Pakatan Rakyat menyedari mereka akan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan atas faktor itulah PKR merancang untuk mencetuskan kekecohan pada hari pembuangan undi, kata Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.Ismail tidak menolak kekecohan yang bakal dicetuskan pembangkang itu adalah sebahagian daripada misi mereka untuk mendesak agar pilihan raya diadakan semula sehingga keputusan undi menyebelahi mereka.

"Oleh kerana dia tahu dia akan kalah, dia merancang sesuatu untuk menjadikan huru-hara dalam negara kita yang kebarangkaliannya nanti ada campurtangan asing untuk samaada diadakan pilihan raya semula untuk mencapai cita-cita mereka," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan yang dibuat bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim bahawa PKR dan BERSIH merancang untuk menimbulkan kekacauan bagi menjatuhkan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mata rakyat.Tunku Aziz sebelum ini dalam satu sidang medianya menjelaskan PKR dan BERSIH akan menggunakan agen mengundi dan agen mengira undi untuk memulakan kekecohan.Kesemua agen itu telah dilatih sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), PACABA supaya lebih berani dan lantang mencabar petugas tempat mengundi.

Tunku Aziz turut menampilkan bersamanya satu dokumen berkepala surat PKR bertarikh 15 Disember 2012 yang menyenaraikan pelbagai langkah untuk mencetuskan kekecohan dan ketidakpuasan terhadap SPR pada hari pengundian.

Langkah-langkah yang dinyatakan di dalam dokumen tersebut adalah seperti berikut:

-    Wujudkan kekecohan di Pusat Mengundi. Cuba dengan sebaik mungkin untuk orang ramai berasa kurang senang dan kecewa dengan kelemahan pengurusan.
-    Wujudkan kumpulan pengundi yang melakukan kekecohan. Protes sebanyak mungkin walaupun nampak remeh, tetapi wujudkan rasa benci pengundi kepada SPR.
-    Ejen kita di dalam tempat mengundi juga perlu melakukan protes sejak awal pagi.
-    Pastikan barisan mengundi menjadi panjang dan tidak terkawal.
-    Beri tekanan berterusan kepada KTM (mereka hanyalah kalangan guru yang bekerja sementara untuk SPR – sebahagian besar adalah penyokong kuat kita).

Kawasan Parlimen yang ditumpukan untuk kekecohan ialah Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam di mana unit media baru mereka akan membangkitkan kemarahan menggunakan media baru.

Ismail menambah, Pakatan Rakyat juga semakin gerun dengan sokongan yang kembali diraih Umno Barisan Nasional (BN).

"PR tahu mereka akan kalah pada pilihan raya kali ini atas kesilapan-kesilapan yang dalikukan parti dan pemimpin mereka. Rakyat sekarang ini menolak mereka.

"Saya bagi contoh, saya sudah menghadapi banyak pilihan raya sejak 1995 hingga 2013. Saya nampak gerakan menyokong BN kali ini terlalu besar. Saya yakin BN akan menang lebih daripada dua pertiga majoriti.

"Kalau dahulu orang muda tidak mahu bersama kita. Tapi hari ini mereka sukarela bersama kita setiap malam untuk memasang bendera, poster yang saya kira satu gelombang yang sangat hebat," katanya lagi.

Justeru, Ismail berkata beliau akan meuar-uarkan kepada rakyat mengenai modus operandi PKR dan BERSIH itu bagi memastikan mereka tidak terpedaya dengan dakyah seumpama itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana