Angin ahmar: Calon PAS DUN Lenggeng masuk ICU


SEREMBAN: Calon Pas bagi kerusi DUN Lenggeng, di sini, Zulkefly Mohamad Omar dilapor dimasukkan ke hospital selepas dikatakan mendapat serangan angin ahmar pada Sabtu.

Ketua Pemuda Pas negeri Mohd Khairil Anuar Wafa yang mengesahkan perkara itu berkata Zulkefly Mohamad, 49, kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Mohd Khairil yang juga calon Pas bagi kerusi DUN Labu bagaimana pun tidak pasti hospital mana dan bila Zulkefly Mohamad dimasukkan ke hospital berkenaan.

"Saya cuma dimaklumkan bahawa Zulkefly berada dalam ICU," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad

Zulkefly Mohamad menghadapi saingan tiga penjuru bersama calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ishak Ismail dan seorang calon bebas Zulkifli Abdullah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana