Amaran Tun Daim : Anwar cetek dalam pengurusan ekonomi Malaysia.

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghancurkan negara kerana ghairah mengikut telunjuk barat khususnya Amerika Syarikat jika diberi peluang memimpin negara, kata bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

“Jika kita pilih Pakatan dan dia (Anwar) mengetuai pakatan, kita menuju jalan kehancuran,’ Dia sudah diuji ketika krisis kewangan Asia (tahun 1997-98) dan dia gagal,” tegas Daim.Daim berkata Anwar cetek dalam pengurusan ekonomi Malaysia.Ini terbukti semasa krisis kewangan itu apabila beliau termakan dengan nasihat pemimpin-pemimpin daripada Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Perbendaharaan Amerika Syarikat sendiri.
“Beliau diberikan nasihat yang amat tidak betul. Anwar sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” tambah beliau dalam wawancara dengan Berita Harian.Malaysia mengatasi krisis kewangan itu selepas Tun Mahathir Mohamad memecat Anwar daripada kerajaan dan memperkenalkan kawalan matawang serta menolak tawaran pinjaman daripada IMF.Daim berkata krisis kewangan itu mendedahkan bahawa Amerika Syarikat tidak boleh diharapkan untuk membantu negara di zaman kesusahan.
Ini terbukti apabila Washington enggan membantu Korea Selatan malah menasihati peniaga di Amerika Syarikat untuk membeli syarikat-syarikat di Indonesia pada harga murah.
“Saya bimbang beliau (Anwar) tidak mempunyai kefahaman mendalam dalam ekonomi. Jika beliau sekali lagi menjadi Menteri Kewangan atau Perdana Menteri, beliau lebih cenderung mengikut Amerika,” kata Daim.

Bekas Menteri Kewangan berkata walaupun Amerika dan Eropah menghadapi krisis, Anwar tetap suka dikaitkan dengan mereka selain cuba mendapat sokongan Australia untuk mengutuk sistem pilihan raya Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana