'Aku janji' BN disemak perbendaharaan negara:KJ


SHAH ALAM: Berbanding manifesto Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) mengambil kira faktor kedudukan ekonomi negara sebelum membentangkan 'Aku janji', kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

"Setiap daripada janji yang kita bentangkan dalam 'Aku janji' BN telah disemak dalam perbendaharaan menteri kewangan. Kita nak pastikan janji kita ini kita dapat biayai dan bayar janji itu. Bukan retorik," katanya ketika menjadi tetamu program MHI di TV3.

Katanya, manifesto BN kali ini meliputi pelbagai aspek serta langkah untuk meringankan beban rakyat. Malah, yang paling penting ia menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan.

ni amat baik sekali kerana apabila kita bagi rakyat duit untuk berbelanja, mereka akan menjana ekonomi. Mereka akan berbelanja dan permintaan peribadi (private consumption demand) meningkat dan menjana aktiviti ekonomi.

"Soal penjanaan pelaburan, soal meningkatkan lagi latihan, peluang pendidikan, keusahawanan, pinjaman untuk usahawan-usahawan dan sebagainya, ini aspek yang mapan. Bukan hanya bagi duit, tapi kita juga bagi untuk menjana ekonomi supaya pertumbuhan ekonomi mapan.

"Kalau sekadar nak hapuskan itu, hapuskan ini, nak ini percuma dan sebagainya, dia akan membebankan ekonomi dalam jangka masa panjang tanpa ada usaha'" katanya.

Menyahut kata-kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pengundi perlu memilih berdasarkan pemimpin yang mempunyai 'kebolehpercayaan', beliau berkata ia dapat dinilai melalui bukti manifesto pembangkang yang masih belum tertunai.

"Soalnya disini sama ada kita bertanggungjawab ataupun tidak., dapat laksana atau tidak.

"Contoh bagi negeri pembangkang, Selangor. Ramai yang dah saman kerajaan negeri, tidak dapat laksana janji warga emas, ibu tunggal, anak-anak tadika air percuma dan sebagainya,tidak dapat nak buat. (Ini) Soal tiada kebolehpercayaan.

"Selain itu boleh tak kita percaya pemimpin ini untuk laksana janji realistik yang tidak akan memusnahkan negara kita," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana