200 penyokong pembangkang beralih ke BN


SEKINCHAN: Kira-kira 200 penyokong pembangkang di sini mengisytiharkan mereka akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti kerana kecewa dengan tindakan pembangkang yang memungkiri janji.Malah, mereka turut menurunkan kain rentang DAP di markas operasi parti itu dan menaikkan bendera BN kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Ahli PAS Asri Zainian, 64, berkata beliau kecewa kerana Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji dan bercadang keluar daripada PAS.Markas operasi itu dibuka oleh DAP dua minggu lalu berhampiran dengan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungei Leman.Menurut AJK Umno Sungai Besar Umno, Jamil Ramli, kebanyakan yang kini menyertai BN adalah dahulunya ahli PAS dan PKR yang berusia diantara 21 hingga 50 tahun.

Seorang daripada mereka, Zulkifli Idris berkata sehingga sekarang pembangkang gagal menunaikan janji menyediakan lampu jalan di kampung, meskipun kerajaan negeri adalah di bawah pakatan pembangkang.

“Kampung kami dalam kegelapan,” kata beliau. 2,500 daripada 3,500 penduduk Kmapong Leman adalah pengundi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana