PM Umum Pemberian 1,000 Lesen Teksi Individu


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan pemberian lesen teksi individu kepada 1,000 pemandu teksi terpilih sempena Majlis Janji Ditepati bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Najib berkata selain membolehkan pemandu teksi beroperasi sendiri, Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) akan memberikan geran RM5,000 kepada pemegang lesen individu terbabit untuk membeli kereta Proton Exora.

"Setiap pemandu yang menerima lesen tersebut diwajibkan untuk membeli kereta Proton Exora menerusi YR1M yang akan memberikan geran RM5000 bagi setiap kereta," kata Najib ketika berucap pada majlis tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul