Tuesday, March 19, 2013

Pasca Lahad Datu: Apa pilihan kita...?


Jamalul Kiram, yang pada asalnya menuntut Sabah bagi pihak 'Kesultanan Sulu', kini menukar retorik kepada berjuang untuk menuntut semula 'wilayah Filipina'.Perang propaganda antara media arus perdana Malaysia dan Filipina, sambung menyambung dengan perang media sosial antara rakyat dan lebih 'ganas' lagi adalah perang siber antara kedua negara.Angka rasmi jumlah laman web yang 'dirosakkan' oleh pasukan 'tentera siber' yang entah siapa-siapa kedua-dua negara kini lebih 200 buah.

Pengumuman Jamalul Kiram yang mengarahkan pengikutnya melancarkan perang gerila 'hit and run' terhadap Malaysia menambahkan lagi kebimbangan kita.Bagi orang yang arif dalam selok belok perang gerila, ancaman Jamlul Kiram tersebut tidak boleh dipandang mudah.Seorang bekas pegawai Komando misalnya menulis supaya pasukan keselamatan mesti menjangkakan lebih dari itu."Berkemungkinan mereka melaksanakan 'ancaman keganasan dalam bentuk yang lain' dan kemungkinan battle zone akan bertambah luas dan tidak semestinya hanya di sesuatu region sahaja,"tulisnya dalam blog ex-cdo.

Atau dalam bahasa mudahnya, perang yang kita hadapi kini, mungkin akan merebak, ke kawasan-kawasan lain, tidak semestinya di sempadan kedua-dua negara sahaja.Kerajaan BN yang akan melaksanakan PRU ke 13 bila-bila masa dari sekarang ini amat memerlukan mandat besar dari rakyat.

Ini kerana sebuah kerajaan yang lemah akan berdepan dengan ugutan, intrik dari berbagai pihak dalam dan luar negara.
Comments
0 Comments

No comments: