Panass!!!! Terbongkar Pembohongan Besar PKR Rafizi ...Lihatlah

SHAH ALAM: Individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan dengan Papa Gomo menafikan beliau adalah orang yang didakwa PKR sebagai blogger pro Umno itu.

Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada portal Sinar Harian Online, Wan Muhammad Azri mendakwa beliau merupakan ketua eksekutif portal media tempatan.

"Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.
"Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang," katanya memetik laporan itu.

Beliau turut mendakwa bahawa dirinya tidak pernah mengundi sekaligus menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang menyatakan bahawa dirinya adalah 'pengundi hantu'.

"Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi.

"Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju," katanya lagi.

Dalam perkembangan sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyiasat mengenai dakwaan Rafizi itu untuk memastikan nama yang didedahkan tidak tersenarai di dua tempat mengundi.

"SPR tidak mahu ada berlaku pertindihan, ada yang didakwa daftar dua kali," kata beliau kepada media selepas Program Taklimat Pegawai Pengurus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL