80 ahli PKR keluar parti sertai BN....Tamparan Hebat Buat PKR


KLANG: Setelah menyedari sikap parti pembangkang yang hanya mahu mendapatkan kuasa tetapi tidak pernah bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, 80 ahli PKR penduduk Pangsapuri Sri Perantau mengambil keputusan meninggalkan parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Rata-rata meluahkan kekecewaan mereka di atas kegagalan Pakatan Rakyat menunaikan  janji yang telah dibentangkan dalam manifesto pada pilihan raya umum 2008.Bagi Nariana berumur lingkungan 40-an, sejak menjadi ahli parti itu empat tahun lalu, kini beliau sedar bahawa Pakatan Rakyat bukan pilihan yang tepat kerana hanya mampu menabur janji-janji manis namun nyata gagal melaksanakannya."Cukai pintu semakin meningkat, sewa rumah masih tidak turun-turun, pulangan yang dijanjikan sehingga kini tidak ada," katanya.

"Sebelum pilihan raya banyak janji dapat gula-gula tapi gula-gula pun tidak dapat dari Pakatan Rakyat tetapi tidak ada jadi, kata bagi peluang tapi tidak tunai.Dalam masa sama, Pegawai Penyelaras DUN Pandamaran Ching Eu Boon yang hadir mendakwa sikap acuh tidak acuh Pakatan Rakyat dalam menunaikan janji sebelum ini telah mengakibatkan begitu banyak yang tidak terlaksana.Beliau turut menegaskan manifesto yang baru-baru ini dibentangkan oleh parti pembangkang itu tidak akan terlaksana seperti yang sebelum ini.

"Dulu mereka janji dekat Sri Perantau kalau mereka menang turun RM58 turun 30 ringgit jadi RM28 tapi belum dapat hingga hari ini, kata ada tadika, dewan tidak ada.Air yang dijanjikan untuk diberi di Flat, di Selangor lebih 178 ribu keluarga tidak dapat diskaun air, melainkan rumah teres," katanya.Memetik kenyataan menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini 'manifesto bukan sebuah janji' Ching berkata Pakatan dalam manifesto baru dengan tema 'Pakatan harapan rakyat' terlalu membayangkan pelbagai imbuhan manis jika berjaya pada pilihan raya akan datang.

"MB kata manifesto bukan janji, seperti manifesto baru-baru ini yang semua benda mahu bagi percuma siapa pakai otak politik sukalah tetapi dari segi otak ekonomi akan pengsan sakit kepala," ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL