Warga Singapura milik hartanah kawasan Melayu?Undilah Lagi PR PRU 13 Nanti...


KUALA LUMPUR: Projek mewah Datum Jelatek di Taman Keramat di sini dijanjikan sebagai projek perumahan mampu milik oleh kerajaan negeri kepada penduduk Melayu setempat.Namun harapan mereka hancur apabila unit-unit rumah dan ruang perniagaan projek itu dijual kepada pelabur Singapura dengan harga paling rendah RM700,000 seunit.Projek mewah Datum Jelatek bernilai RM1.2 bilion ringgit kini dibelit dengan tuduhan kerajaan negeri mengabaikan kepentingan Melayu dalam keghairahan mengaut keuntungan lumayan.Penduduk terbabit kecewa lebih-lebih lagi kerana projek itu dilancarkan di atas tapak rumah-rumah pangsa yang dirobohkan, walaupun penghuninya seratus peratus penduduk Melayu.Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek, Salleh Samad, berkata beliau menerima maklumat bahawa dua blok projek mewah itu dijual kepada warga asing dan dua blok lagi masih dalam proses jualan.
Beliau kecewa kerana pihak PKNS dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berdolak-dalik mengenai status projek itu.

"Saya sendiri pergi PKNS, pegawai dia mengesahkan (sudah dijual). walaupun sebelum ini, MB dan pihak PKNS menafikan. Mereka kata belum jual, belum dapat lesen lagi pun untuk jual.

"Sebenarnya saya dah jumpa seorang pegawai pemasaran (PKNS), jadi dia kata projek ini ada 4 blok A,B,C,D. Blok A,C telah dijual di Singapura. Malangnya projek ini sepatutnya diberi keutamaan kepada penduduk yang lama di Taman Keramat dan orang Melayu."Jadi lepas ini kita tak mahu dengar lagi dari pihak PKNS, MB menafikan benda ini. Kita ada bukti-bukti bukan ini sahaja, banyak lagi (bukti)," katanya yang ditemui ketika sesi penerangan 'Kami bantah projek Datum Jelatek' di sini.Datum Jelatek diuar-uarkan sebagai projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah di Jalan Jelatek, Datuk Keramat yang dijadual siap tahun 2016.Namun kini ia membabitkan empat bangunan setinggi 45 tingkat, pejabat, hotel dan pusat membeli-belah projek dan disasarkan untuk golongan berada.

Harga minima RM700,000 tidak mampu dibiayai oleh penduduk setempat dan akan membuka kawasan yang seratus peratus penduduk Melayu kepada pemilikan hartanah oleh warga negara asing.Salleh berkata PKNS mendakwa tidak mengetahui pejabat rumah contoh projek itu dibuka di Jalan Jelatek untuk memudahkan pegawai pemasaran Singapura menjual unit-unit rumah dan lot perniagaan."Bila saya beritahu pihak PKNS tentang 'show room' ni, mereka pun terkejut. Sepatutnya mereka buat (menjual) di Singapura, (tapi di sini pun) dia dah lantik ejen pemasaran dari Singapura,” kata beliau.

Sebelum “bertukar status menjadi projek mewah" Majlis Perbandaran Ampang Jaya meuar-uarkan tapak berkenaan akan dibangunkan semula sebagai projek mampu milik oleh Bumiputera."Kalau ikut cadangan asal, apabila dia runtuhkan flat itu. Cadangannya adalah melibatkan pembinaan 318 unit pangsapuri, 44 unit kedai mampu milik maksudnya untuk penduduk sini dan 22 unit bazar," kata Salleh.Pada 4 Oktober 2012, Datum Jelatek telah dilancarkan di Marina Bay Sands, Singapura dan dibuka untuk pembelian.Rujukan dari laman web menunjukkan unit termurah yang ditawarkan untuk Bumiputera berharga SGD 301,924 iaitu lebih kurang RM 754,810.

Manakala harga paling tinggi ialah SGD 3,739,611 iaitu lebih kurang RM9,349,027 . Pelancaran Datum Jelatek yang dibuat di Singapura dilihat seperti usaha untuk menarik pembeli-pembeli dari negara jiran itu ke kawasan yang rata-rata penduduknya orang Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana