Ust Hassan Basri Bagi Ingatan Pada Pas jangan tunduk desakan DAP


KUALA LUMPUR 5 Feb. - Pas atau Majlis Syura Ulama diminta tidak tunduk, sebaliknya berpendirian tegas dengan tidak sekadar memberi amaran kepada DAP berhubung isu kalimah Allah.Menurut bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad, apa yang boleh dilakukan Majlis Syura Ulama bukannya mengkaji penggunaan kalimah Allah itu sebaliknya mengkaji hubungan Pas dalam pakatan pembangkang.

“Majlis Syura Ulama perlu mengambil pendirian tegas berhubung penggunaan isu kalimah Allah ini kerana amaran demi amaran yang dikeluarkan tidak boleh melembutkan puak DAP.Apabila amaran ini diperlekeh, Pas perlu keluar dari pakatan untuk elak unsur-unsur subahat,"Semalam, beberapa bekas pemimpin Pas menyifatkan kelantangan Karpal berterusan mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu kalimah Allah adalah disebabkan kelemahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri selaku presiden parti itu.

Comments

tokgaru said…
Boleh bagi ingatan saja lah ustad oooiiii. Siapa ustad nak warning dekat Pas. Ustad kena faham orang paling digeruni oleh pemimpin Pas adalah para pemimpin dalam DAP.

Ustad nak bukti, biar saya sebut.

1. Hudud tak jadi di Kelantan bukan kerana Umno. Kerana DAP bantah.

2. Negara Islam jadi Negara Kebajikan bukan kerana negara islam tak ada dalam quran. Kerana DAP bantah.

3. Menyokong kalimah Allah dalam bible bukan kerana desakan penganut kristian. Kerana takut orang DAP tak undi calon Pas.

Jangan buang masa lah ustad. Hadi Awang dan Nik Aziz tak ada masa nak dengar cakap ustad, lagi2 ustad pulak hanya ex-pas member.

Hadi dan Nik Aziz nampak macam takut dekat Karpal dan Gua Eng lebih daripada takut dekat tuhan tau. Ustad buat analisa sendiri lah.

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL