Tun M: Majlis Syura patut tolak Anwar lebih awal


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Syura Ulama PAS sepatutnya lebih awal menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Beliau yang ditemui pada majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama Perdana Menteri di Flat Sri Johor, Cheras hari ini kemudian menyifatkan masalah peribadi Anwar sebagai punca rakyat sukar menerimanya termasuk ahli rakan komponen Pakatan Rakyat.
"Sepatutnya daripada dulu lagi Majlis Syura dah tolak Anwar, orang yang berperilakuan macam mana itu bagaimana mahu jadi Perdana Menteri?" Sebelum ini media melaporkan segelintir penyokong PAS keluar Stadium Merdeka ketika Anwar mula menyampaikan ucaptama pada Himpunan Kebangkitan Rakyat tempoh hari.Reaksi tersebut dipercayai ekoran rasa kurang senang dengan sikap dan perilaku Ketua Pembangkang itu yang sering dikaitkan dengan masalah moral.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana