Tindakan PAS mahu keluar PR hanya drama politik


Kenyataan Presiden PAS Haji Hadi bahawa parti itu mungkin keluar dari pakatan pembangkang sekadar drama dan cakap politik sahaja.PAS sebenarnya dalam keadaan tertekan kerana parti itu kini terbukti tidak memperjuangkan Islam khususnya dalam isu penggunaan kalimah Allah.PAS tidak akan mampu menyelesaikan isu-isu yang telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam dan dalam masa sama ia memerlukan undi penyokong DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Parti PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam, PAS seharusnya menghalang serta menegur Pengerusi DAP Karpal Singh daripada mencampuri hal ehwal Islam.Dalam usaha untuk meredakan kebimbangan pengikut tegar parti itu,Haji Hadi menegaskan kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR tidak merugikan orang Melayu dan Islam.Haji Hadi mendakwa PAS sedia keluar daripada Pakatan Rakyat jika kerjasama itu tidak memberi manfaat kepada Islam dan orang Melayu.

“PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita bersama Pakatan Rakyat. Kenyataan Hadi itu dibuat ketika akar umbi parti itu mempersoalkan keengganan Pakatan Rakyat mendokong pendirian Majlis Syura Ulama PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan sebagai terjemahan God dalam Bible bahasa Melayu.

Isu kalimah itu menyusul setelah DAP dan PKR turut menolak hasrat PAS mahu melaksanakan undang-undang hudud di negeri-negeri yang dikuasainya jika berjaya menawan Putrajaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana