Tabung Memali: PAS terbuka Zainon lapor polis


SHAH ALAM: Dua Naib Presiden PAS menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membuat tindakan lanjut berhubung laporan polis yang dibuat oleh penulis buku Kafirkah Aku? dan Air Mata di Bumi Memali, Zainon Ismail.Zainon semalam menyahut cabaran Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar sebelum ini supaya beliau membuat laporan polis jika benar terdapat dakwaan penyelewengan dalam pengurusan Tabung Memali membabitkan seorang senator PAS.Zainon yang juga dikenali dengan nama pena CN Al-Afghani membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.Laporan itu menyebut penganiayaan terhadap balu Memali yang diarahkan membayar sejumlah kos guaman pada tahun 2007, walhal kutipan dana daripada orang awam sudah lebih daripada mencukupi.Selain itu, Zainon juga mempersoalkan 'kehilangan' wang berjumlah RM30 ribu hasil jualan mesin jahit kepunyaan bengkel jahit Memali.Mahfuz yang dihubungi Antarapos berkata PAS terbuka mengenai perkara ini dan menunggu tindakan lanjut daripada pihak berkuasa."Kita memang terbuka. Itu serah kita kepada polis. Jadi minta maklum balas polis.

"Bila report pada polis, itu kerja polis, urusan polislah," katanya.Salahuddin yang juga dihubungi Antarapos berkata beliau mengalu-alukan supaya Zainon berbuat demikian."Kalau (kata) benda itu tidak betul, buat laporan polislah, Biar polis siasat mengenai perkara itu," ujar beliau ketika dihubungi.Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup PAS sebelum ini telah beberapa kali mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.Namun desakannya tidak diendahkan sebaliknya beliau dipecat daripada PAS dan buku tulisannya diharamkan oleh PAS.

Zainon adalah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana