Selepas Nik Aziz..Haji Hadi Pulak Kata Rakyat yang menerima BR1M adalah bodoh


ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai 'bodoh'.

Beliau berkata bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak akan mendatangkan keuntungan kepada rakyat namun hanya sebagai alat untuk Barisan Nasional (BN) memancing undi menjelang pilihan raya.

"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dia Jalan Putra, malam tadi.

Majlis itu dihadiri lebih kurang 200 orang dan turut disertai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang menganggap penerima BR1M sebagai 'lembu dan ayam'.


Comments

MELAYUJATI said…
Siapa yang tidak ambil BR1M tula yang bodoh, rezeki mengapa ditolak, ambille kerajaan yang bagi bukan duit haram, Kerajaan tahu masih ramai lagi rakyat yang memerlukan bantuan tu walaupun jumlahnya tidak banyak, tapi amat membantu kepada yang memang pokai langsung. Bagi aku senang je kalau nak ambil pegi je ambil, kalau tak nak tak payah ambil, jangan banyak cakap. Ini sudahle tidak mampu bagi apa2 pun orang lain yang membantu dilecehkan pulak apa jenis orang ni , ulama pulak tu, hancus hancus...akhir zaman, ulama macam ular dalam semak, mematuk orang kemudian lari bersembunyi dalam semak....

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana