PRU13 : PM Ambil alih Tugas Pengarah Pilihan Raya BN Selangor


KUALA LUMPUR 24 fEB - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih tugas sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) Selangor dalam usaha untuk menawan kembali negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.Setiausaha BN Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat pada Sabtu malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi merangka strategi untuk menawan semula Selangor, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.

"Barisan kepimpinan negeri mengalu-alukan dan menerima keputusan itu kerana ia adalah sebahagian daripada strategi untuk memenangi semula negeri pakatan."Beberapa perkara penting dibincangkan semasa mesyuarat itu termasuk pelantikan Perdana Menteri sebagai pengarah pilihan raya negeri manakala Datuk Seri Mohd Zin Mohamed telah dipilih untuk menjadi timbalannya," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.
Tambahnya, BN optimis untuk memenangi lebih banyak kerusi dan mengambil kembali Selangor pada pilihan raya umum nanti."Persediaan kami adalah pada tahap yang paling optimum dan kami sudah bersedia untuk menggunakan jentera kami pada bila-bila masa semasa tempoh berkempen," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa simulasi pilihan raya khas untuk jentera akan dijalankan untuk menguji kesediaan pegawai mereka semasa pilihanraya."Simulasi akan melibatkan semua pihak yang terlibat sebagai jentera pilihan raya kami dan mereka akan menjadi tulang belakang di sebalik strategi untuk menyebarkan dasar kami dan kempen di peringkat akar umbi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana