PRU13: PAS lebih tertekan berbanding Umno


PUTRAJAYA: Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkembangan politik tanah air sejak akhir-akhir ini menyebabkan PAS berada dalam keadaan lebih tertekan berbanding Umno dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.Jelas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu, beberapa isu baru-baru ini memberi tekanan kepada PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk polemik penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam.

Tiga isu utama bebankan PAS

Justeru Saifuddin berkata saingan antara Umno dan PAS kini memihak kepada parti Melayu terbesar itu.."Pada saya saingan Umno dan PAS, saya lihat kali ini PAS sedikit tertekan kalau dibandingkan dengan Umno dalam beberapa waktu kebelakang ini.
"...satu isu kalimah Allah dan kedua isu ustaz Nasharuddin (Mat Isa) dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS dan ketiga apabila berlaku pertembungan yang tidak melibatkan PAS secara langsung tapi pertembungan antara PKR dan DAP di Johor saya lihat mengganggu persediaan PAS untuk berhadapan dengan pilihan raya umum.

"Jadi dalam suasana sekarang PAS lebih tertekan daripada Umno," katanya dalam temubual eklusif bersama Antarapos.PAS dan Umno merupakan dua parti utama yang disertai orang Melayu. Umno yang diasaskan pada 1946 adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.Umno dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Sementara PAS sebuah parti pergerakan Islam yang cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme Umno sebagai sebuah parti yang mendokong Islam.

Syor bincang penetapan tarikh pembubaran pada masa depan

Mengenai desakan agar penetapan tarikh pembubaran Dewan Rakyat dilaksanakan, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata perkara itu tidak perlu dipolitikkan dan serahkan kuasa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menentukannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana