Kalimah: PAS digesa tegur sifat biadap DAP


GEORGETOWN: Pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat digesa menegur perbuatan biadap Pengerusi DAP Karpal Singh dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng yang tidak menghormati agama Islam bersabit isu kalimah Allah.Kedua-dua pemimpin tertinggi parti dominasi Cina itu seolah-olah tidak mengendahkan sensitiviti umat Islam sebaliknya terus menuntut kerajaan pusat membenarkan kalimah Allah diterjemah.Gesaan itu dibuat Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjung, Zabidi Abu Bakar apabila melihat isu itu terus dipandang sepi oleh pimpinan PAS dan membiarkan kalimah Allah dipermainkan oleh orang bukan Islam.

“Walaupun menerima pelbagai kecaman dan gesaan namun mereka langsung tidak menghiraukan dan tetap dengan pendirian mereka yang tidak menghormati agama Islam.“Pemimpin Islam dalam Pakatan khususnya PAS juga dilihat hanya membisu dan tidak berbuat apa-apa atas perbuatan pemimpin DAP yang telah menghiris perasaan umat Islam di negera ini,” katanya kepada media selepas melakukan perhimpunan aman di hadapan masjid Jamek Shaik Eussof disini semalam.
Zabidi turut melahirkan rasa kesalnya terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih lagi mahu memotong kek hari jadinya ke-82 bersama dengan Karpal Singh walaupun telah jelas pemimpin DAP itu menolak keputusan yang dibuat Majlis Syura PAS.

Dalam perhimpunan berkenaan, Zabidi bersama sekumpulan ahli Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) turut membakar akhbar kerajaan negeri, Buletin Mutiara sebagai bantahan terhadap sikap Guan Eng yang tidak menghormati umat Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana