'Ilmu' PAS pecahbelah umat dan kafirkan orang Islam VS BR1M...


Masih ingat lagi ayat power Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika kempen beberapa pilihan raya sebelum ini?
Mungkin ramai belum lupa ungkapan Mursyidul Am PAS, “ orang bagi duit ambik, beri kain pakai, beri gula kacau tetapi bila undi pakoh PAS”.Pada Sabtu, sekali lagi Menteri Besar Kelantan itu ulang ayat sama menunjukkan beliau terdesak dan cuba melepaskan diri kerana kenyataannya beberapa hari lalu yang menganggap penerima BRIM tak ubah seperti haiwan.Walaupun terus dikecam pelbagai pihak ekoran kenyataan tersebut, Nik Aziz enggan meminta maaf atau menarik balik kata-kata penghinaannya itu.

Bahkan, beliau dengan bangga mendakwa sejak PAS memerintah Kelantan 1990, pihaknya tidak pernah memberikan wang memandangkan memang Kerajaan Negeri tiada wang.Seperti biasa Nik Aziz kaitkan langkah itu meniru kepimpinan zaman Nabi Muhammad SAW.Beliau turut menuduh UMNO guna BR1M1 dan BR1M2 untuk tawan hati rakyat manakala PAS beri ilmu pada rakyat.Menurut Nik Aziz, PAS lebih gemar menggunakan pendekatan ilmu dalam mengajak orang ramai berkumpul, sebaliknya UMNO didakwa menggunakan pendekatan mengagihkan wang untuk menarik perhatian rakyat.
Betulkah PAS beri ilmu pada rakyat jika setiap ceramah pemimpin parti itu selepas saja memberi salam terus mengutuk kerajaan dan pemimpin UMNO?Ilmu apakah diajar Nik Aziz jika banyak ‘fatwa’ nya bertentangan dengan kehendak Islam?Bagaimana dengan tindak tanduk senang-senang dakwa orang lain murtad.Apakah Amanat Haji Hadi yang menyebabkan perpecahan umat Islam juga ilmu dimaksudkan Nik Aziz?Selain itu, semua tahu, PAS selalu mendabik dada mengatakan apa mereka buat betul dan dibuat UMNO salah.Jika PAS beri ilmu kenapa pendengar yang hadir ceramah kena beri sumbangan pada kantung bergerak parti itu?

Sepatutnya jika Nik Aziz berilmu beliau boleh fikir panjang-panjang sebelum tuduh penerima BRIM macam haiwan ternak.Senang saja nak bandingkan apa PAS dan kerajaan BN buat.
Kerajaan panggil rakyat bagi BRIM tetapi PAS panggil ceramah kemudian kutip duit.Itu Nik Aziz nak jawab macam mana?Ataupun beliau sudah ada kelebihan boleh bercakap dengan ayam, itik atau lembu.Macam katanya,” kalau kita nak panggil ayam, panggil itik, ‘Hei itik, mari aku nak bagi ceramah agama… mana itik nak mari (datang). Tapi kena beri hampas kelapa, beri padi..ia akan datang. Bagi benda..’Hei lembu kerbau, aku nak bagi ceramah.. ia tidak akan datang, tetapi bila bagi rumput atau hampas, bagi nasi… ia akan datang.”

Mungkin Nik Aziz dan pemimpin PAS ini semua cerdik-cerdik belaka bab wang ringgit ini.
Mereka juga pandai ambil kesempatan dengan bantuan kerajaan berikan pada rakyat apabila Nik Aziz ungkapkan ‘“ orang bagi duit ambik, beri kain pakai, beri gula kacau tetapi bila undi pakoh PAS”.Dalam erti kata lain, kerajaan BN keluar duit tetapi undi tetapi untuk PAS.Mungkin juga maksud Nik Aziz, ambil duit kerajaan BN bagi dan kemudian serahkan sebagai derma kepada PAS.Ini mungkin jawaban lebih tepat apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penerima BRIM sebagai ‘bodoh’.

"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di Jalan Putra, di Alor Setar malam Sabtu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana