Hadi hina Majlis Syura PAS, kata Aidit


SHAH ALAM: Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Aidit Ghazali menyifatkan pengumuman yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersabit penggunaan kalimah Allah sebagai satu penghinaan kepada Majlis Syura Ulama.Katanya, rakyat dan ahli parti tidak akan menyokong tindakan Hadi membelakangkan Majlis Syura sekaligus gagal mempertahankan dasar parti itu.Beliau menjelaskan bagaimana Hadi mengambil sikap lepas tangan selepas isu tersebut luar kawalan justeru menuding jadi kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN)."Hadi telah memerangkap dirinya sendiri dengan bermain politik dengan satu isu yang tidak sewajarnya dipolitikkan."Kalau dia tidak mahu dengar dari orang lain pun paling tidak pun dia kena dengar apa yang ditegaskan oleh Majlis Ulama Syura PAS yang telah menolak pendirian yang Hadi telah umumkan bersama dengan pemimpin-pemimpin Pakatannya.
"Bila dia sedar ini sudah menyentuh isu besar, maka sebagai seorang ahli politik mudahlah dia untuk melepaskan tangan tetapi kalau dia lepaskan tangan ibarat 'meludah ke langit kena muka sendiri.

"Kerana dia menghina Majlis Syura Ulama PAS sendiri dan ini saya rasa masyarakat tidak dapat terima apabila presiden parti Islam menolak tunggak Islam itu sendiri maka apakah Islam yang masih tinggal lagi dalam PAS," katanya ketika dihubungi.
Hadi selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat 8 Januari lalu mengumumkan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah asalkan tidak menghina Islam.Pendirian Hadi itu dianggap sebagai pendirian rasmi Pakatan Rakyat dan disokong Anwar selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu di Semenanjung.Polemik itu dipercayai sengaja dibangkitkan oleh Guan Eng semasa menyampaikan perutusan Hari Krismas tahun lalu untuk mendapatkan undi penganut Kristian.Namun pendirian itu ditolak oleh ulama-ulama kanan PAS seperti Harun Taib, Haron Din dan Taib Azimuddin.Majlis Syura pada 13 Januari bermesyuarat dan memutuskan bahawa kalimah Allah eksklusif untuk orang Islam dan Hadi terpaksa akur dengan keputusan itu namun enggan membawa perkara tersebut untuk dibincangkan semula dengan majlis presiden.

Hadi miliki sifat munafik

Aidit menambah, Hadi sebagai pemimpin parti yang memperjuangkan Islam seharusnya lebih arif tentang tanggungjawab terhadap agama tanpa mengutamakan kepentingan kuasa politik semata-mata.

Sehubungan itu Aidit merumuskan PAS telah berjaya mencerminkan sikap munafik parti itu sebelum berjaya menjadi sebuah kerajaan dalam Pakatan Rakyat kelak."Mereka cakap kita mesti kembali kepada Al-Quran dan sunnah tetapi mereka sendiri memperkotak-katikkan sunnah dan Al-Quran...ini sudah ada sifat-sifat munafik.
"Dia kena faham betul-betul bertanggungjawab dengan Allah bukan Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng atau mana-mana manusia sekalipun," jelas Aidit.Sehubungan dengan itu Aidit menasihatkan Hadi supaya mengubah semula kenyataan yang telah diumumkan bersama Pakatan Rakyat.

Isu ini yang sekara ini bukan lagi isu antara parti politik, ia menjadi isu negara, isu nasional melibatkan perlembagaan persekutuan, kedudukan raja-raja melayu, kedudukan Fatwa yang telah ditetapkan di negeri-negeri yang menjadi undang-undang."Saya punya nasihat kepada Haji Hadi kalau betul dia orang beriman, takut kepada dosa, kalau betul dia hendak berdiri depan padang Masyhar kelak paling tidak dia kena tarik pendirian yang telah dia umumkan bersama dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana