‘Baling batu sembunyi tangan’


KOTA BHARU 2 Feb. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diibaratkan ‘melontar batu sembunyi tangan’ dengan ”melambungkan’ isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu sehingga mengakibatkan percakaran antara umat Islam daripada pelbagai parti.Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Pertubuhan Ilmuwan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu seolah-olah mempunyai agenda tertentu apabila membangkitkan isu sensitif tersebut.“Guan Eng ibarat melontar batu sembunyi tangan. Musibahnya, kita terus bercakaran sama ada menyokong dan membantah isu pengunaan kalimah Allah itu,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel dalam forum Bicara Minda bertajuk “Melayu, Islam di Malaysia’ di sebuah hotel di sini malam tadi.

Yang turut menjadi panel pada forum yang dipengerusikan Profesor Khairuddin Damhoeri itu ialah Ahli Biro Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mahamad Naser Disa.Dalam pada itu Fathul Bari berkata, peratusan orang Melayu di negara ini ialah sebanyak 60 peratus, 20 peratus kaum Buddha dan Kristian pula hanyalah 9.2 peratus.Beliau berkata, kemungkinan daripada 9.2 peratus itu, orang Melayu beragama Kristian mungkin seramai satu peratus sahaja.”Hanya satu peratus daripada 9.2 peratus, jadi mengapa diminta Bible digunakan dalam versi bahasa Melayu bukannya bahasa Cina ataupun lain-lain.
”Kalau hendak tukar, tukar semua sekali, nama Joseph dalam Melayu Yusof, David jadi Daud, Abrahammenjadi Ibrahim dan Mary kepada Mariam tetapi mereka tidak mahu,” katanya.Fathul Bari berkata, beliau hairan apabila Guan Eng yang merupakan pejuang sekolah Cina dan bahasa Cina tiba-tiba mahu Bible digunakan dalam bahasa Melayu.

”Jelas ini merupakan agenda mereka yang perlu difahami oleh orang Islam di negara ini.”Seperti sedia maklum juga DAP mempunyai perjuangan sendiri dan dinyatakan dalam satu blog rasmi Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa perjuangan ataupun persepakatan antara DAP, Pas dalam pakatan rakyat bukan untuk Islam, bukan untuk hudud, tetapi untuk demokrasi dan juga pluralisme,” ujarnya.Dalam pada itu, Fathul Bari menasihatkan orang Islam di negara ini agar bersatu dalam isu kalimah Allah.”Isu ini melibatkan akidah dan apabila ada usaha hendak mensyirikkan Allah, usaha hendak menyamakan Islam dengan agama lain, adakah orang Islam akan berdiam diri.

”Kita perlu bersatu tanpa mengira kepentingan dan kedudukan politik demi kelangsungan agama Islam di negara ini,” tegasnya.

Comments

The Seven Thing said…
hero filipina dh kuar fatwa tu....korang bloger yg bijak pandai tlg jwb soalan aku ni...fathul bari kahwin di siam sbb apa? alasan dia kata bakal bini dia org asing..apa malaysia x leh tlg islam ke? malaysia ni teruk sgt ke bab bela islam ni smpai fathul bari sendiri x pecaya kerajaan yg dia bela blh tlg dia?..pastu fathul bari kata dia ada buat majlis jamu mkn kueh kt member2...fathul bari ni bkn ulama ke? xkan x thu bnd ni blh mendatangkan fitnah pd dia,pd umno n pd islam sendiri..x reti ke?...pastu fathul bari doa supaya dijatuhkan bala kt org yg dedah isu dia ni...come on laaa..fathul bari jgk kuar fatwa haram doakan kemusnahan sesama islam......nk ckp psl islam jawab isu ni dulu, baru la kami rakyat blh terima apa yg kuar dr mulut fathul bari....islam pentingkan dr mana sanad dan sapa org berkata bab hadith tu..klu peribadi di ragui baik x pyh dgr.....sori to say la....level korang bloger BN amat amat xde standad..bloger murahan...xde output...senang ayat kata bodoh la senang...korang mmg bodoh

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana