Awas... ada 'mata-mata' di setiap UMNO bahagian..Inilah Yang Terbaik Buat UMNO


Menyedari isu sobotaj parti merupakan antara penyebab utama kekalahan besar pada PRU ke 12, UMNO ambik satu langkah ke hadapan iaitu wujudkan 'mata-mata' atau pemantau di semua 191 bahagian UMNO seluruh negara.Seorang daripada tujuh wakil setiap bahagian UMNO yang menghadiri perhimpunan agung parti itu tahun lalu akan di pilih sebagai ahli jawatankuasa khas pemantau kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata pemantau yang dilantik kelak akan melaporkan terus kepada Jawatankuasa Disiplin parti.

Jelasnya, pemantauan tersebut bagi memastikan tiada sebarang unsur sabotaj atau cubaan mengkhianati parti berlaku.Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC petang Jumaat“Nama-nama mereka akan diumumkan di bahagian dan setiap yang berlaku di bahagian masing-masing akan ada wakil yang boleh pantau keadaan,” katanya.Katanya, nama-nama wakil ini sedang diproses oleh Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.

"Tugas wakil Jawatankuasa Disiplin itu juga adalah untuk membuat laporan ke pusat terhadap sebarang tindakan sabotaj supaya satu tindakan awal boleh diambil,"ujarnya.Sementara itu, mengulas mengenai persiapan pilihanraya, kata Najib, jentera parti UMNO sudah bersedia menghadapinya.Beliau berpuas hati dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN), dan akan terus berusaha bagi mendapat sokongan pengundi.“Kita telah menerima laporan audit hingga peringkat bahagian mengikut tinjauan dari laporan itu, kita puas hati dengan tahap kesiapsiagaan yang memuaskan.

“Di samping itu kita harap usaha-usaha memantapkan lagi kesiapsiagaan PRU, akan diteruskan lagi oleh pimpinan setiap bahagian,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana