'Allah' dalam Bible akan sebar liberalisme


KUALA LUMPUR: Desakan sesetengah pihak mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu adalah strategi untuk menyebarkan fahaman liberalisme dan pluralisme dikalangan umat Islam, kata Pengarah Bahagian Tajdid Pemikir Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Justeru katanya adalah penting untuk semua pihak menyedarinya dan tidak terlalu mudah untuk mana-mana pihak termasuk parti politik 'menyerahkan' hak eksklusif umat Islam itu kepada bukan muslim.

"(Musuh Islam) nak merosakkan pegangan orang Islam ini dengan (isu penggunaan kalimah) Allah dan sebagainya. Lepas tu dia kata dia nak ambil Allah ini bawa masuk dan letak dibawa semua agama. Mana boleh, jadi sehingga supaya orang-orang Islam ini rasa agama ini serupa dengan agama lain kerana semua duduk bawah Allah, itu tak boleh.

"Dia (musuh Islam) akan tumpu kepada pemikiran, sebab ini yang sekarang ini yang menjadi globalisasi sekarang ini banyak berdasarkan kepada soal pemikiran ini," kata Zainal ketika menjadi tetamu dalam program Maqasid terbitan Antarapos yang membincangkan topik 'Tajdid Fikr dalam Konteks Maqasid Syariah', baru-baru ini.

Majlis Syura Ulama PAS menegaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible kerana ia menimbul kekeliruan yang nyata.

Bagaimanapun, ketetapan badan tertinggi PAS itu tidak didokong sebagai dasar bersama Pakatan Rakyat.

Sebaliknya PKR dan DAP menggunapakai pendirian umum Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah asalkan tidak menghina Islam.

Mengulas lanjut Zainal berkata, semua umat Islam harus mempertahankan kalimah Allah agar mempertahankan akidah generasi akan datang.

"Ini kena tajdid (pembaharuan) ini dan kena pertahankan, jadi pegangan keimanan kita terhadap Allah ini mesti diperkukuhkan terutama kepada generasi baru, generasi baru ini banyak yang mula dilalaikan dengan liberal, jadi kita dah hilang fokus kita kepada Allah SWT.

"Kerana ini (kalimah Allah) adalah lambang perjuangan kita untuk menegakkan Islam, Allah itu adalah Tuhan kepada orang Islam. Sebab itu dalam Quran ada kata, agama yang diiktiraf oleh Allah ialah agama Islam, Islam sahaja Allah itu hanya milik Islam kerana agama ini hanya diiktiraf orang Islam sahaja," katanya lagi.

Isu desakan penggunaan kalimah Allah dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas, Disember tahun lalu.

Tindakan itu dibidas oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan Muslim dan pengulas politik sebagai cubaan untuk menarik sokongan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dan di Semenanjung.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana