Tiada aktiviti bakar Bible di Butterworth..Jangan Percaya Kabar Angin


BUTTERWORTH: Dilaporkan tiada kelibat mana-mana individu atau kumpulan yang tampil dalam acara "membakar Bible" yang dirancang hari ini.

Acara yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi tadi di padang perbandaran Bagan Luar walau bagaimanapun kelihatan kosong tanpa sebarang aktiviti.

Anggota polis telah bersiap sedia berkawal di sekitar kawasan itu sejak awal pagi malah helikopter turut dikesan membuat rondaan udara.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pada Khamis memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan yang bertujuan untuk menjejaskan keharmonian negara.Beliau menambah bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat.Sebelum ini satu risalah dikesan telah diedarkan kepada orang ramai di sekitar Pulau Pinang mengajak masyarakat untuk menyertai acara membakar Bible dipercayai sebagai respon terhadap gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab berkenaan.

Pertubuhan Peribumi Perkara Malaysia (PERKASA) walau bagaimanapun menafikan penglibatan mereka walaupun Presidennya Datuk Ibrahim Ali sebelum ini pernah mengajak orang Melayu untuk membakar kitab agama Kristian berkenaan.Dalam perkembangan sama di Kuala Lumpur, kira-kira 40 orang berkumpul di taman KLCC dalam satu aktiviti membaca pelbagai buku-buku agama dan falsafah sebagai bantahan terhadap rancangan membakar Alkitab.Perhimpunan yang bermula pada jam 10 pagi tadi menyaksikan rakyat pelbagai agama, membaca buku mengenai agama Buddha, Kristian dan Islam.

Turut dikesan ada yang membawa Bible versi Bahasa Melayu.

Penganjur aktiviti berkenaan Masjaliza Hamzah berkata acara itu merupakan satu kejayaan dan menganggap ia sebagai tindak balas bukan ganas terhadap idea untuk membakar Alkitab.

Comments

Popular posts from this blog

Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta, Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar

Sebarkan Agenda Tersembunyi DAP Yang Melayu Tidak Tahu Langsung

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL