Usaha selamatkan Ngeh dan Nga...

Berkorban atau mengorbankan sesuatu yang disayangi adalah sukar dilakukan bagi sesiapa dan mereka yang berkenaan. Demikian juga nasib orang politik yang dikorbankan kerana mereka dilihat tidak lagi relevan dalam memperkasakan parti tersebut.Ibarat orang lemas atau kuda patah kaki, ia seperti suatu tragedi bagi sesetengah manakala bagi si penyelamat, ia mungkin hidup berpayungkan nostalgia paling menyedihkan. Masakan tidak orang yang disayangi gagal diselamatkan. Tapi itulah takdir.Tak perlulah saya berlebih-lebih kerana orang yang dimaksudkan adalah berupa peguam yang ada nama. Selain dari itu mereka merupakan dua pemimpin utama DAP negeri.

Guan Eng sedar ada pihak kurang senang dengan kepimpinan Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Kor Ming, namun ini tidak menghalangnya dari merasmikan Konvensyen DAP negeri.Ibarat kapal yang bakal karam, komen Guan Eng dilihat seolah-olah memberi harapan baru. Tapi apakah masih ada harapan bagi DAP sedangkan dalam konteks populariti, nasib Guan Eng di Pulau Pinang sendiri sudah kian terumbang-ambing dipukul badai.Ramai pemerhati politik melihat kapal DAP kian karam. Ada pula yang berseloroh: Apakah Karpal Singh boleh menjadi penyelamat terakhir sebelum kapal tersebut akhirnya tenggelam dan tersadai di dasar laut politik Malaysia?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana