Umno Tayang Video Doa PAS, Nik Aziz Kepada Ahli UMNO Berserta Ucapan Memang Terbaikkkk Sekali

LANTANG... Wakil Arau Fathul Bari Mat Jahaya bersemangat ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 kali ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

KUALA LUMPUR: Isu doa PAS agar Umno dan Barisan Nasional (BN) dihancurkan dan dakwaan bahawa parti itu murtad kerana tidak menegakkan Islam menjadi topik hangat Perhimpunan Agung Umno 2012.Lebih menghangatkan sesi perbahasan yang masuk hari ketiga dan terakhir itu ialah apabila perwakilan dipaparkan dengan dua klip video yang menunjukkan dua pemimpin PAS berbuat demikian pada muktamar mereka di Kota Baru pada pertengahan bulan lalu.Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan, perwakilan Perlis, Fathul Bari Mat Jahya mencuri tumpuan perwakilan apabila menayangkan klip video adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat membacakan doa meminta kehancuran Umno dan BN serta video sidang media Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa Umno sebagai parti murtad.

Paparan video itu ternyata membangkitkan reaksi marah di kalangan perwakilan dan pemerhati Umno sama ada yang berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mahupun yang menyaksikan di ruang legar bangunan tersebut.Bagaimanapun Fathul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia menyeru agar pemimpin dan ahli Umno memaafkan PAS dan ahlinya walaupun parti itu sering melabel dan menjatuhkan hukum tertentu terhadap Umno."Maafkanlah..maafkan mereka," katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan.Mengulas lanjut Fathul berkata, berdoa untuk kehancuran dan keburukan orang lain khususnya sesama Islam adalah bercanggah dengan ajaran Islam."Kaedah berdoa itu tidak betul. Sebaiknya kita doakan kebaikan kepada pemimpin kerana apabila seseorang pemimpin itu baik...maka ia akan memberikan kebaikan kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya.

1 M bergitu RESPECT Ust Fathul Bari membuktikan Parti Politik PAS dengan Dengan Menayangkan Video Klip MENDOAKAN KEHANCURAN KEPADA UMNO....kepada Perwakilan dan Orang Ramai di dalam Dewan PWTC supaya orang tahu siapa PAS ini.Dengan memberi ucapan dan berserta dengan video Klip ini akan menambahkan lagi keyakinan kepada Ahli UMNO dan Orang Ramai...SYABAS UST FATHUL BARI....HIDUP UMNO MEMANG TERBAIK

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana