Tebing Runtuh: 3 penghuni banglo di Puncak Setiawangsa diarah pindah

Tiga keluarga yang menetap di tiga rumah banglo di Puncak Setiawangsa, di sini, diarah berpindah berikutan kejadian benteng konkrit di lereng bukit di situ runtuh, malam tadi.Penolong Pengarah Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata tiga keluarga berkenaan diarah berpindah serta-merta kerana bimbang runtuhan susulan akan berlaku.


"Kita turut mengarahkan peniaga di 13 lot kedai dua tingkat untuk berpindah kerana kita ada mengesan pergerakan tanah di kawasan itu pada 4 pagi tadi, jadi kita khuatir sekiranya berlaku hujan lebat, runtuhan susulan akan berlaku," katanya.Beliau berkata pada masa ini jalan menuju ke Puncak Setiawangsa terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian yang lebih buruk akibat pergerakan keluar masuk kenderaan.Azizan berkata pihaknya bersama-sama agensi keselamatan lain sentiasa bersiap-sedia dan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan runtuhan itu.
Katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian masih lagi disiasat.-

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL