Tak serik-serik... Harakah, Suara Keadilan bakal disaman...Padan Mukanya

Media pembangkang nampaknya tak serik-serik kena saman. Sudah menjadi semacam satu hobi pula. Suara Keadilan yang kes saman fitnah terhadapnya terhadap tuduhan Felda Bankrap masih belum selesai, sudah nak kena saman lagi.Terbaharu, Suara Keadilan, bersama Harakah bakal kena saman lagi kerana memfitnah FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV), menerusi anak syarikatnya, Felda Iffco Oil Products (FIOP) menjual minyak sawit kepada syarikat Israel.Tidak menghairankan apabila didapati laporan itu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Pengerusi Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman yang selama ini buat tuduhan tanpa fakta.Apa yang kelakar kali ini, si Mazlan Aliman menunjukkan satu invois berkaitan hasil getah padahal sah-sah seantero dunia tahu Felda menghasilkan minyak kelapa sawit!

“Dalam akhbar Harakah berjudul “Najib Mesra Isreal, ditunjukkan invois kelapa sawit, tapi invois getah. Dia ingat kita bodoh…dah sah-sah invois itu tertulis jualan latex,”

Fitnah Suara Keadilan disiarkan di muka depan akhbar itu pada 27 November 2012 sementara Harakah menyiarkan pada 26 hingga 29 November.“Memang Pembangkang ini kumpulan pembohong dan pemfitnah. Mereka menuduh Felda berurusniaga dengan Israel dengan menjual minyak kelapa sawit.dan Datuk Seri Najib mesra Israel. Akhbar ini memfitnah Felda. Mereka fitnah Felda bermakna fitnah kerajaan juga. Ini bukan perkara kecil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana