Sesumpah politik musuh Islam dan Melayu...


Selepas 17 tahun dalam Umno dan kerajaan, takdir menentukan Anwar gagal menguasai Umno. Ini bermakna Dr Mohd Nur Manuty juga tersekat pengembangan auranya sebagai pemimpin Abim.
Anwar disingkirkan daripada Umno dan kerajaan serta dibersarakan di penjara Sungai Buloh. Beliau kemudian mengambil kedudukan sebagai penentang Dr Mahathir dan Umno. Hingga hari ini beliau tidak lekang daripada peranan itu. Begitu juga dengan Dr Mohd Nur.
Persoalannya ialah, apakah yang diajar Anwar pada generasi muda ketika menjadi Menteri Belia dan Menteri Pendidikan? Sayugia diingat bahawa ketika itu pengurusan pengajian tinggi juga termasuk bidang kuasa Anwar Ibrahim (dan Abim).
Selain itu, apa pula yang diinstitusikan oleh Anwar Ibrahim dan kawan-kawannya dari Abim untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti nelayan dan petani?
Yang menjadi hakikatnya ketika itu ramai kawan Abim yang menjarakkan diri dari Anwar. Nasihat mereka tidak didengar dan yang lalai dan lagha dalam tekad politiknya ialah Anwar (Dr Muhammad Nur pun ikut sama?, agaknya).
Pembebasan Anwar Ibrahim
Di pentas politik legasi Anwar ialah serangan tidak henti-henti terhadap pergerakan Islam seperti PAS. Tukilan ucapan dan kenyataan Anwar terhadap PAS dan pemimpinnya serta DAP dan Lim Kit Siang tiada taranya. Malah serangan Anwar dianggap lebih berbisa daripada Dr Mahathir sendiri.
Berkat tawaduk dan keyakinan manusia boleh berubah menjadi lebih baik, Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Badawi menggunakan budibicara “membantu usaha membebaskan Anwar”. Hakikat ini diakui oleh Anwar sendiri apabila berkunjung ke majllis hari raya Pak Lah selepas dibebaskan.
Namun perjuangan Anwar belum tamat. Bak gambaran tulisan Dr Muhammad Nur masih ada rakyat yang miskin; masih ada rasuah yang belum terhapus dan kebejatan akhlak semakin parah. Maka Anwar salahkan semuanya pada Umno. Keterlibatannya selama 17 tahun mengemudi parti itu hendak dipadamkan begitu sahaja.
Kini Dr Manuty mendakwa bahawa Umno dijangkiti skizoprenia tahap parah – mengalami pelbagai ilusi dan halusinasi yang bukan-bukan. Maka itu, katanya, budaya politik amuk dan samseng menjadi fenomena biasa sebagai pilihan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana