Selangor sedia kaji semula kenaikan cukai pintu...Kenapa Perlu Kaji Balik...Kata Negeri Kebajikan?


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengkaji semula kenaikan kadar cukai pintu terhadap penduduk Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang, yang didakwa membebankan.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung perkara itu sebelum sebarang tindakan susulan diambil."Namun, kita akan berbincang dengan MBSA dalam waktu terdekat bagi meneliti perkara ini... perkara yang difikirkan perlu dibuat, kita akan laksanakan supaya kadar itu dilihat tidak membebankan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis untuk golongan belia di sini, Ahad.

Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya perlu membuat penilaian berdasarkan prosedur mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976."Langkah itu perlu agar ia juga tidak memberi masalah kepada MBSA dalam memberi penilaian semula terhadap cukai berkenaan," katanya.Semalam, Pengerusi MCA Bahagian Subang Lee Wei Kiat berkata kenaikan kadar cukai sehingga 10 kali ganda terhadap penduduk di dua kawasan itu adalah keterlaluan dan meminta ia ditarik balik.

Lee berkata rata-rata penduduk turut mempersoal rasional di sebalik kenaikan itu sedangkan perkhidmatan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) didakwa tidak memuaskan.

Kerajaan Selangor sudah kecut telornya apabila rakyat Selangor sudah bersuara dengan kenaikan 10 kali ganda...Tak nak salahkan UMNO ker?atau kerajaan terdahulu....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana