PPUM Gempar Panggilan Bom....Di Hospital Pun Ada Panggilan BOM Palsu...Banggang Betul


PETALING JAYA 21 Dis - Kakitangan dan pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bahagian Trauma dan Kecemasan malam tadi gempar apabila diarah untuk mengosongkan bangunan itu dengan segera gara-gara panggilan bom palsu yang diterima.Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam setelah polis menerima panggilan daripada operator hospital bahawa terdapat seorang lelaki yang mengugut akan meletakkan bom di bangunan tersebut.Ketua Polis Daerah Brickfields, ASP Muhammad Azlee Abdullah berkata, sejurus menerima maklumat itu, satu pasukan Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan diarahkan ke lokasi kejadian.Katanya, hasil pemeriksaan hampir satu setengah jam di seluruh bangunan mendapati tiada bom ditemui.

"Kita dapat tahu suspek merupakan seorang bapa kepada seorang pesakit yang berasa tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak hospital."Siasatan akan diteruskan bagi mengesan perbuatan individu tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hadapan bangunan Trauma dan Kecemasan (PPUM) di sini malam tadi.Pihak polis akan cuba mengesan suspek berdasarkan rakaman suara dan gambaran yang diberikan oleh pihak hospital.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana