Pergaduhan penyokong BN dan PR di Gombak, Khairy tanya siapa mulakan...?

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengesa pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap semua pihak yang terlibat dalam pergaduhan antara dua kumpulan penyokong BN dan PR di Batu 8, Gombak malam Selasa.Menurut beliau, politik keganasan mesti ditolak, dan semua pihak perlu disiasat tetapi mempersoalkan siapakah yang melakukan provokasi dan sehingga penyokong BN cedera.
"Insiden Gombak semalam. Siasat semua pihak. Politik keganasan mesti ditolak. Tapi siapa mula provokasi? Orang BN cedera,"kata Khairy melalui mesej di twitternya pagi ini.

Beliau turut menyiarkan gambar seorang penyokong BN yang berdarah di kepala berikutan kejadian tersebut.Agendadaily difahamkan kejadian itu berlaku berikutan dua tapak ceramah yang berdekatan antara BN dan PR.Ceramah BN dianjurkan oleh Pemuda UMNO manakala ceramah PR oleh PKR yang mana turut disertai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Difahamkan ada kejadian baling batu antara kedua penyokong yang akhirnya mencetuskan pergaduhan. Empat penyokong BN dan dua penyokong PR dilaporkan cedera.

Namun kehadiran polis dan Pasukan Keselamatan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana