Pengundi kali pertama digesa tolak pembangkang...


SHAH ALAM: Penasihat Persatuan Belia dan Beliawanis Pandan, Zaharudin Ali menyeru golongan belia yang akan mengundi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti supaya tidak terpengaruh dengan janji-janji Pakatan Rakyat (Pakatan).Menyifatkan Pakatan gagal melunaskan janji-janji di dalam manifesto mereka terutamanya di Selangor, Zaharudin berkata kerajaan sedia ada yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih layak diberi mandat.“Saya menyeru di kalangan belia yang kali pertama mengundi supaya tidak terpengaruh dengan janji yang diberikan oleh pembangkang. Kalau kita lihat janji-janji yang mereka (Pakatan) luah-luahkan terutamanya di Selangor, banyak yang dimungkiri...banyak perkara yang mereka tidak tepati," kata beliau ketika dihubungi

Menurutnya lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) kini telah berjaya mengembalikan semula sokongan majoriti golongan muda yang sebelum ini terikut-ikut dakyah dengan pembangkang.
Hal ini katanya didorong oleh sikap Najib yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan golongan belia sejak beliau mengambil-alih pentadbiran negara.Malah peranan yang dimainkan Pemuda Umno untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaaan menunjukkan hasil yang memberangsangkan.“Dalam waktu yang sama pemuda buat juga peluang-peluang pekerjaan yang telah mendapat sambutan yang begitu baik yang memberi peluang kepada orang muda juga (untuk mendapatkan kerja).“Sebelum ini memang di kalangan orang muda memang terikut-ikut pihak pembangkang. Tapi sejak kebelakangan ini di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib yang mengambil berat kepada belia-belia, jadi pada pandangan saya di kalangan belia-belia dan pemuda-pemuda banyak berpihak kepada kerajaan,” ujar beliau.

Untuk rekod, golongan belia sentiasa menjadi keutamaan kerajaan saban tahun apabila tidak pernah tercicir daripada menerima peruntukan daripada belanjawan negara.Pentadbiran Najib dilihat memberikan fokus kepada golongan beliau apabila Belanjawan Negara 2013 yang diumumkannya September lalu memperuntukkan banyak insentif seperti Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada belia yang masih bujang dan Skim Rumah Pertamaku.Dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu lalu, Najib berkata kerajaan akan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 yang didakwa terlalu ketat selain mewujudkan peraturan baru sebagai menyahut cadangan golongan muda yang tersepit dengan masalah tersebut.Selain itu kata Najib, pihaknya akan menubuhkan Institusi Umno bagi memperkasa parti itu yang bakal disertai golongan belia.Menurutnya, ini sebahagian daripada komitmen kerajaan yang mengambil berat tentang sosio-ekonomi orang muda.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL