Ngeh dan Nga Tempelak Pemimpin Pas Yang Bocorkan Maklumat Tanah 10,526 Ekar

Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menempelak pemimpin Pas yang membocorkan rahsia pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Gua Musang Kelantan.
Ngeh hairan bagaimana dokumen tersebut boleh bocor sedangkan itu adalah maklumat sulit antara mereka dan pemimpin Pas.

Sebagai rakan sekutu dalam parti pemimpin Pas sepatutnya tidak mengamalkan sifat ‘tikam belakang’ dan beliau enggan mengesahkan sama ada benar atau tidak beliau merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.

Koo Ham memberi alasan surat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang didedahkan sebuah blog kelmarin merupakan dokumen yang menjadi rahsia antara beliau sebagai peguam dengan anak guamnya.

“Kerana saya peguamnya. Di bawah undang-undang, ada benda yang menjadi rahsia yang tidak boleh didedahkan. Ia untuk melindungi anak guam,” katanya ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Ipoh, semalam.

Dalam satu entrinya kelmarin, blog pisau.net mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar atau 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan dan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming.

sungai rapat online

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana