KERAJAAN BERKEBAJIKAN PR AKAN MENAIKKAN CUKAI PINTU..

Terkejut beruk kenaikkan cukai pintu yang terlalu melampau....Ada keluar berita dalam Haramkah dan Keadilan Daily?KUALA KUBU BHARU - Seorang penduduk Taman Ampang Pecah di sini terkejut apabila menerima notis cukai taksiran yang didakwa tinggi.Baharum Wariya berkata, notis bertarikh 3 Mei 2012 itu diterima semalam dengan jumlah cukai RM143.10 lebih tinggi berbanding 13 tahun sebelumnya hanya RM108.“Rumah saya diami adalah kos rendah, nilainya RM25,000 ketika saya beli pada tahun 1990 dan cukai pintu yang dikenakan sebelum ini hanya RM54 untuk setengah tahun.“Tetapi sekarang cukai telah melonjak tinggi dan jika kenaikan sama dialami penduduk di kawasan ini yang kebanyakannya berpendapatan rendah maka jelas akan membebankan mereka,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, berdasarkan Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang diterima, kenaikan cukai taksiran itu dibuat setelah berlaku pengubahsuaian dan tambahan pada struktur hadapan rumahnya.

Bagaimanapun, katanya pengubahsuaian itu dibuat sejak tahun 1998 dan dia hairan mengapa baru sekarang kenaikan cukai dikenakan.

Menurutnya, kenaikan itu dianggap tidak munasabah malah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang sebelum ini mencanangkan penurunan cukai 20 peratus.

“Manifesto Kerajaan Negeri sebelum ini mahu menurunkan cukai 20 peratus, tetapi notis ini membuktikan bukan saja janji tak di tunai malah dinaikkan lebih tinggi dari itu.“Sudahlah denda lewat dinaikkan daripada RM2 kepada RM20, ini pula kenaikan mendadak cukai pintu yang memang membebankan,” katanya.Menurutnya, walaupun notis pindaan itu akan dikuatkuasakan pada 7 Julai ini dan memberi ruang penerima mengemukakan bantahan, namun dia percaya bantahan itu tidak dilayan seperti yang berlaku terhadap penduduk Desa Alam Ria di Batang Kali yang kini menanggung beban cukai tinggi.Katanya, ruang bantahan turut diberikan kepada penduduk taman tersebut, tetapi disebabkan keputusan muktamat Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, maka bantahan itu tidak dilayan.

Baharum turut kesal kerana walaupun Kerajaan Negeri menaikkan cukai itu tetapi penyelenggaraan tidak dilakukan sehingga keadaan longkang tersumbat, lalang terbiar di kawasan taman tersebut.
 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana