Isu salun rambut: Akhirnya kerajaan Kelantan tunduk...

Undi punya pasal segalanya boleh berubah.Begitulah halnya dengan isu syarat lesen rambut salun bukan Islam dimana pekerja wanita gunting tidak dibenar gunting rambut lelaki.Berkuatkuasa serta merta penguatkuasaan syarat itu ditangguhkan 'sementara kajian dan penilaian dibuat'.Hal itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hasan dalam sidang akhbar sejurus mesyuarat Exco.Baru-baru ini Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan tegas berkata kerajaan negeri tetap dengan pendirian bahawa orang bukan Islam terikat dengan perundangan Islam selagi mana mereka menetap di negeri itu.Katanya, peruntukan itu dibuat berdasarkan peruntukan perlembagaan selain hasrat kerajaan negeri untuk memantau aktiviti maksiat di negeri itu.
Kalangan masyarakat bukan Islam tetap mempertikaikan syarat berkenaan.

Antara DAP turut bersuara.Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, walaupun undang-undang kecil itu telah digunapakai kerajaan negeri sejak 20 tahun lalu, namun gesaan itu bertujuan mengelakkan persepsi negatif tentang undang-undang Islam itu yang turut didakwa menekan golongan bukan Islam.“Pihak DAP minta PAS mengkaji semula undang-undang kecil itu kerana kita tidak mahu memberikan satu persepsi kepada orang bukan Islam bahawa undang-undang Islam itu terpakai kepada orang bukan Islam.Manakala Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hoo Pang Chow kata sokongan orang Cina pada PAS akan terjejas jika isu berkenaan tidak diselesaikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana