Ezam Mohd Noor Smash Anwar.... Perlu Bersyukur, Umno Kini Lebih Baik

KUALA LUMPUR 5 Dis - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya bersyukur kerana UMNO pada masa kini lebih baik berbanding zamannya dulu.Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, Umno pada kini lebih baik kerana mengamalkan sistem demokrasi berbanding Parti Keadilan Rakyat yang mengamalkan sistem 'demokerusi'."UMNO kini jauh lebih baik berbanding dulu yang kini lebih kepada sistem demokrasi. PKR hanya amalkan 'demokerusi' dan hanya memberi manfaat kepada anak-beranak serta kroni sahaja.

"Perhimpunan Umno kini lebih baik kerana tiada lagi pemimpin rakus seperti Anwar dalam parti ini," katanya dalam satu kenyataan kepada KLPos di sini hari ini.Beliau berkata demikian bagi memberi reaksi kepada kenyataan Anwar yang mendakwa Perhimpunan Agung Umno yang berakhir Sabtu lalu sebagai platform pemimpin Umno untuk mengekalkan kedudukan kuasanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bukannya menjaga kebajikan rakyat dengan membincangkan isu-isu rakyat.
Dalam pasa itu, Ezam turut berkata, pada zaman Anwar menyertai Umno, beliau telah menggunakan perhimpunan Umno untuk agenda peribadinya."Dia (Anwar) hanya menggunakan perhimpunan hanya untuk menaikkan namanya dan 'membenamkan' pemimpin-pemimpin lain.

"Malah beliau sendiri sendiri akan aturkan perwakilan mana yang akan berucap dan karangkan isi ucapan tersebut," katanya.Sehubungan itu, Ezam mendesak Anwar untuk berhenti mengkritik dan memperkecilkan Perhimpunan Agung Umno yang kini dilihat lebih baik dari zaman ketua pembangkang itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana