Ezam ingatkan kenapa Karpal tetap mahu ANWAR PM...

Kasih sayang dan setianya Karpal Singh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tak pernah pudar. Buktinya Pengerusi DAP itu dalam ucapannya di Kongres parti itu Sabtu lalu tetap mengulangi mahu Anwar jadi Perdana Menteri jika pembangkang memerintah negara.Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mungkin buat-buat lupa bahawa beliaulah yang mula mendedahkan dan menuduh Ketua Pembangkang itu tidak bermoral.Karpal bukan cakap tepi jalan atau di pasar borong tetapi di Dewan Rakyat dan hansard atau penyata umum apa diperkatakan pemimpin veteran DAP itu boleh disemak oleh sesiapa yang rajin.Bukan sahaja Karpal membuat tuduhan itu tetapi Mohamad Sabu, ketika itu juga ahli parlimen menggelar Anwar sebagai Al Juburi – tujuan dan maksudnya, ramai tahu.
Sebab itu PAS masih ragu-ragu untuk terima Anwar sebagai Perdana Menteri malah ada pemimpin parti itu mahu Presiden mereka Datuk Seri Hadi Awang jadi perdana menteri (PM).Apapun, mustahil Karpal yang sebelum ini dakwa Anwar seorang homoseks nak terima mantan timbalan perdana menteri itu sebagai perdana menteri.

Barangkali, Karpal yang jadi ketua peguam kes liwat babitkan Anwar tahu apa bakal dirinya dan DAP perolehi jika terus sokong Anwar jadi PM.Bagi senator Ezam Mohd Noor jawapannya mudah saja kerana dengan rahsia diketahui Karpal, Anwar akan jadi PM yang boleh tunduk kehendak DAP.
Justeru itu, Ezam – bekas setiausaha politik kepada Anwar – bangkitkan semula soal kenapa Karpal beria-ia mahu Anwar jadi PM.Dalam sidang media di Dewan Negara pada Isnin, beliau anggap Karpal juga ahli politik yang tidak bermoral dan berprinsip sama macam Anwar.“Karpal pernah kata di Dewan Rakyat sekitar 1997/98 (bukti hansard) bahawa Anwar seorang homoseksual dan tidak bermoral. Dalam masa sama, Karpal dalam ceramah DAP di Hotel Federal Kuala Lumpur kata ada bukti Anwar lakukan sodomy terhadap Azizan (Abu Bakar- bekas pemandu Anwar),” katanya.
Menurut beliau, pemimpin DAP itu sudah memutarbelitkan isu dan mengatakan mahkamah sudah ‘clear’ Anwar dan mendapati Anwar tidak bersalah.

“Tetapi perlu diingat, dalam kes Anwar lawan Azizan, hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Hamid Mohamad telah membuat kenyataan berikut: “Mahkamah mempunyai bukti bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual dan ianya berlaku di Tivoli Villas”.Lantas Ezam bertanya kepada Karpal, apakah Karpal sekarang berpendapat seorang homoseksual boleh jadi PM?Ezam sendiri menjawab soalan itu, katanya,.. jelas Karpal juga seorang ahli politik tidak ada moral dam prinsip seperti Anwar. Mereka lakukan semua kerana politik semata-mata,” 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana