Bekas Presiden Gerakan Lim Keng Yaik Meninggal Dunia.

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Bekas Presiden Parti Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik disahkan meninggal dunia di kediamannya di Tropicana Petaling Jaya pada jam 4.45 petang tadi.Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan sebentar tadi.Akan tetapi, tiada sebarang laporan yang mengesahkan secara rasmi punca kematian beliau.Tun Dr. Lim Keng Yaik telah memegang jawatan Presiden Parti Gerakan bermula pada tahun 1980 hingga 2007 sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.Beliau mula menyertai politik pada tahun 1968 dengan menyertai parti MCA. Pada tahun 1972, beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas (berkenaan Kampung Baru dan Darurat). Kemudian pada tahun 1973, beliau dipecat daripada MCA kerana menentang Presiden ketika itu,Tun Tan Siew Sin kerana terlibat dalam penentangan gerakan reformasi MCA.

Pada tahun yang sama, beliau telah menyertai parti GERAKAN dan telah dilantik sebagai Pengerusi GERAKAN bhagian Ulu Kinta.Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Senator antara tahun 1971 dan 1977 selama 12 penggal.Seterusnya, beliau diberi peluang bertanding atas tiket Barisan Nasional dan menang dikerusi DUN Jalong, Perak pada Pilihan Raya Umum 1978. Setelah itu, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (AMMK). Beliau berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai ADUN Jalong dan AMMK Perak pada penggal berikutnya hingga tahun 1986.Pada Pilihan Raya Umum 1986, beliau telah bertukar ke Parlimen Beruas hingga kini dan dilantik sebagai Menteri Perusahaan Utama hingga tahun 2004.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 lalu, beliau telah berjaya mempertahankan kemenangannya di Parlimen Beruas buat kali ke empat berturut-turut setelah menewaskan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Nga Hock Chech dengan kelebihan undi 4,564 undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana