ANWAR Berjanji Lagi..Pada Rakyat Pahang...Ha ha ha..Ptuihhhh



Pengundi perlu melihat dan menganalisis prestasi Pakatan Rakyat memerintah negeri yang ditawan mereka sebelum sekali lagi termakan janji palsu gagasan itu, kata penganalisis politik, Professor Datuk Dr Zainal Kling.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Pakatan Rakyat menawarkan 'enam tawaran mega', peringkat negeri, kepada rakyat Pahang, sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) kelak.
"Pengundi-pengundi baik di Pahang atau diseluruh negara mesti melihat bukti-bukti sedia ada sebab mereka telah diberi peluang,"Mereka telah diberi peluang tadbir Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, tetapi setakat ini PR belum berupaya mentadbir negara sebaik Umno Barisan Nasional.
"Itu terbukti apabila mereka cuma hanya ingin mengubah sedikit sebanyak dan menghalang pembangunan daripada mengadakan atau menggalakkan pembangunan.
Mengulas lanjut beliau berkata janji PR itu hanyalah mengulang pelaksanaan yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat berbanding mengemukakan idea baru yang lebih bernas.Banyak yang telah dijanjikan (oleh Pakatan Rakyat) ini telah dibuat oleh kerajaan Persekutuan. Nak bagi lot tanah, tender terbuka,.. Ini sedang dilakukan semua ini.Hanya untuk mengulang orang sudah dan sedang lakukan. Dan (janji) itu hanya kekal sebagai sedap didengar.

Semalam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin PR Pusat dan negeri Pahang mengumumkan tawaran mega kepada rakyat Pahang sekiranya mereka menang dalam PRU-13 nanti pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Rakyat, Tapak Kompleks Pas Pahang.

Antara enam tawaran bagi peringkat negeri adalah:

Pertama : Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula kampung-kampung baru dan kampung tersusun,

Kedua: Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat,

Ketiga: Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ia tidak diceroboh sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Keempat: Memudahkan urusan pertukaran status pertanian kepada lot perumahan atau bangunan

Kelima: Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan mineral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan

Keenam: Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri yang ditadbir PR.

Selain itu, gagasan itu turut menjanjikan tiga tawaran peringkat pusat di negeri Pahang.
Pertama: Menempatkan peserta Fleda Plantation di kalangan warga Generasi kedua, ketiga Felda, anak Pahang,bekas staf Felda, bekas anggota polis dn tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda

Kedua: Memberikan royalti minyak sebanyak 20 peratus (bukannya lima peratus) kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi.

Ketiga: Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan penubuhan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yan terbengkalai seperti Jalan Jerantut - Benta, Jerantut - Maran, sert membina jalan yang menghubungkan antara dua negeri seperti Kuantan - Jerantut - Kuala Lipis - Gua Musang, Kuantan - Segamat dan Kuala Lipis - Raub - Bentong - Seremban dan Jerantut - Ulu Tembeling - Dungun dengan pelaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Pahang.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL