ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA MENGETAHUI ...PERGHH PECAH TEMBELANGNYA

Walaupun dia bukan Islam tapi dia tahu kalau seorang yang tidak ada moral menjadi Perdana Menteri tentu akan merosakkan nama negara dan rakyatnya di mata dunia. Di negara lain bila seseorang yang tak bermoral mereka berasa malu. Ada yang sanggup meletakkan jawatan. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Presiden atau Perdana Menteri yang melakukan perkara tak bermoral akan meletakkan jawatan.

Tapi di Malaysia rakyat yang tak bermoral bercita2 nak jadi Perdana Menteri. Tak malu betul. penyokongnya pun tak malu jugak.

Allah telah membukakan hati tokey Cina ini supaya tidak memberikan wang RM300 juta untuk merasuah 30 orang YB UMNO supaya melompat parti dengan harapan akan cukup majoriti dan dia akan menjadi Perdana Menteri.
Inikah rupa tokey Cina yang Allah bukakan hatinya supaya tidak bersekongkol dengan Maharaja Pembohong.

***************************

Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008....

Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.

"John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan?

"Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga.

"John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian Anwar memasuki Putrajaya. Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan perbicaraan liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana