Yang Ini Berita Mahu Dengar Ni...Prospek Pas kalah di Kelantan cerah

Sejak Pas menawan semula Kelantan dari BN pada 1990, Nik Aziz mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri sebagai MB. Prestasi kerjanya tidak pernah diragui walaupun terdapat banyak kelemahan sepanjang perkhidmatannya. Ini ditambah pula dengan tahap kesihatannya berada pada keadaan yang tidak menyebelahinya.Pas sendiri tidak mampu menyorok isu ini kerana menyedari ia adalah isu pokok yang menarik perhatian semua. Bagi Pas, rakyat Kelantan perlu dipersiapkan minda bagi menerima apa saja hakikat politik.Soal siapa bakal dilantik menjadi MB Kelantan seterusnya akan ditentukan selepas Pas kembali memerintah. Walau bagaimanapun lain cerita kalau mereka kalah.Menyebut tentang kalah pula, sudah ada andaian kali ini Pas akan kecundang di Kelantan. Kehadiran Nik Aziz untuk bertanding sama akan menambahkan prospek untuk Pas tewas, sebaliknya menghidangkan peluang keemasan untuk BN kembali menguasai Kelantan setelah 22 tahun gagal berbuat demikian

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana