Ulama Pas digesa keluar pendirian isu Nurul Izzah...Tarak Berani Punya Bersuara bebbbb

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Pemimpin-pemimpin Pas terutama daripada golongan ulama digesa mengeluarkan pendirian berhubung kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, Pas tidak seharusnya berdiam diri apabila rakan sekutunya itu membuat kenyataan sedemikian lebih-lebih lagi isu yang disentuh melibatkan maruah Islam.
“Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, maka mereka perlu mengeluarkan pendirian apabila tercetusnya kontroversi melibatkan Islam.
“Kita tidak mahu rakyat terutama orang Melayu terkeliru sehingga akidah mereka boleh terpesong," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? di Subang Jaya Sabtu lalu mengenai kebebasan beragama di negara ini yang sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu.

Dalam klip video berkenaan, Nurul Izzah dipetik antara lain berkata, ‘‘Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.’’Nurul Izzah berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya Sabtu lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana