PM Tidak Fikir Hadi Akan Bertanding Di Pekan...Jawapan Balas Najib Memang "COOL SAJA"

VIENTIANE: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak fikir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang."Saya tidak fikir ini akan berlaku," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional di sini, Isnin.Najib diminta mengulas laporan media di Malaysia bahawa Hadi menyatakan hasratnya untuk bertanding di mana sahaja yang diputuskan oleh PAS, malah di kawasan Parlimen Pekan sekalipun.
"Siapa nak bertanding (di Pekan), bertandinglah," kata Najib.Najib menjadi Anggota Parlimen Pekan sejak 1976. Hadi pula ialah Anggota Parlimen Marang. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL