Parit tersumbat punca banjir kilat di Klang...Kerajaan PKR Gagalllllllll


KLANG: Lebih 200 rumah di tiga kampung iaitu Sri Nadi, Johan Setia dan Kampung SC di sini dinaiki air hampir semeter buat kali kedua bulan ini akibat banjir kilat selepas hujan lebat lebih enam jam.Sebahagian besar mangsa gagal menyelamatkan harta benda selepas air mula memasuki rumah mereka pada 6 petang.Seorang penduduk di Jalan Langat, Kampung Johan Setia, Jamaludin Abdullah, 34, berkata banjir kilat itu, dikatakan antara terburuk tahun ini, mungkin berpunca daripada sistem perparitan yang tersumbat kerana tidak diselenggara dan keadaan diburukkan lagi apabila sebahagian besar kediaman berada di kawasan rendah.
"Saya meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Klang mendalamkan lagi sistem perparitan bagi mengelak banjir yang lebih buruk."Sistem perparitan di projek perumahan baru berdekatan Kampung Johan Setia tidak ditebuk untuk membenarkan pengaliran air keluar lalu menyebabkan banjir," katanya malam tadi.Pada 18 Okt lepas, lebih 300 rumah di tiga kampung berkenaan dinaiki air hampir semeter akibat banjir kilat selepas hujan lebat lebih lima jam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana