Nurul Izzah:Apa tindakan Khalid sebagai MB dan Exco Agama?Ada Berani Ker.....

Tumpuan dalam isu kebebasan beragama yang dikaitkan dengan Nurul Izzah Anwar kini pastinya kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.Luahan rasa terkejut dan kesal Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi kenyataan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa tidak boleh dipandang ringan.
Ini kerana Nurul Izzah membuat kenyataan itu dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya dan sebagaiKetua Agama Islam Negeri, baginda berkongsi kekhuatiran dengan umat Islam lain berhubung isu itu sekiranya apa diperkatakan ahli parlimen Lembah Pantai itu benar.Khalid bukan sahaja sebagai Menteri Besar tetapi Exco Agama yang perlu melihat isu ini dengan penuh tanggungjawab termasuk mengenepikan soal siapa Nurul Izzah dan parti diwakilinya.Di sinilah cabaran Khalid untuk rakyat melihat ketegasan beliau meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan berhubung kenyataan Naib Presiden PKR itu.Beliau sudah tentu tidak boleh berpihak kepada Nurul Izzah walaupun anak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.Jelaslah, beban begitu besar di bahu Khalid jika siasatan Jais membuktikan kebenaran kenyataan Nurul Izzah.Sudah tentu, Khalid ibarat di luah mati emak, di telan mati bapa.Barangkali dengan tanggungjawab sebagai Exco Agama – Khalid dapat membuktikan beliau adalah Menteri Besar cemerlang dalam menyelesaikan isu tersebut.
Atau beranikah beliau menangkis tohmahan Anwar bahawa Jais menerima panggilan UMNO untuk menyiasat Nurul Izzah?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana