Neelofa Pinta Kelincahannya Dalam 'MeleTop' Tidak Dipertikai

PETALING JAYA: Pelakon jelita Neelofa berasa hairan dengan penerimaan segelintir pihak yang mendakwa dia beraksi gedik ketika mengacarakan episod pertama rancangan MeleTop yang mula disiarkan di Astro Ria pada Selasa lalu.Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, dia bersetuju jika ada pihak yang menganggap dia terlalu lincah dan lantang tetapi gelaran gedik itu kurang sesuai kerana apa yang dipersembahkan adalah mengikut kehendak konsep program berkenaan.“Saya sendiri berasa pelik pada bahagian mana dalam program itu yang saya kelihatan gedik? Saya rasa perkataan itu kurang sesuai tetapi mungkin saya agak lincah, ceria dan lantang daripada kebiasaan.“Sebenarnya, sifat ceria dan aktif itu juga sebahagian daripada diri saya cuma selama ini masyarakat tidak pernah melihatnya. Orang sudah terbiasa melihat saya dengan penampilan feminin dan sopan dalam rancangan Nona,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Khamis.Ketidakpuasan segelintir penonton terhadap gaya Neelofa dalam MeleTop diperkatakan dengan meluas pada laman Twitter sejurus episod pertama rancangan itu yang disiarkan secara langsung pada pukul 10 malam pada Selasa lalu di Astro Ria (saluran 104).
Neelofa berkata, sebagai orang baru yang julung kali mengacarakan program secara langsung, dia menerima setiap pandangan dengan hati terbuka dan mahu memperbaiki sebarang kekurangan yang terjadi.
Neelofa berterima kasih kerana pasangan pengacaranya Nabil (kiri) banyak membantu dalam melancarkan perjalanan rancangan secara langsung itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana