Mengkafirkan orang adalah strategi politik untuk menghukum seseorang dan ia dilihat sebagai satu perkara yang tidak mudah dihapuskan dalam PAS....Berat..Berat Ni


KUALA LUMPUR: Amalan takfir (mengkafirkan orang) adalah strategi politik untuk menghukum seseorang dan ia dilihat sebagai satu perkara yang tidak mudah dihapuskan dalam PAS, kata bekas naib presidennya, Datuk Nakhaei Ahmad.Sambil melahirkan kekecewaannya, Nakhaei yang kini Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), berkata, perkara itu terus berleluasa di kalangan ahli-ahli PAS sendiri, sehingga ke hari ini."Bahkan penentangan berkenaan isu-isu takfir, juga tidak mudah dihapuskan, walaupun di dalam muktamar saya berulang kali menyatakan bahawa takfir ini bukan dasar PAS, itu saya jelaskan banyak kali dalam muktamar-muktamar,"Nakhaei menjelaskan, perkara itu ekoran permusuhan dengan Umno yang sudah ditanam begitu lama sehingga tidak mudah untuk menjernihkan keadaan dan situasi.
"Kerana soal permusuhan dengan Umno ini sudah ditanam begitu lama, sejak daripada awal, jadi mereka memusuhi Umno begitu lama, dan bukan senang untuk kita menghapuskan permusuhan itu," katanya.
Beliau yang meninggalkan PAS setelah bersama parti itu lebih 12 tahun berkata sehingga hari ini, pelbagai fitnah dilemparkan ke atas dirinya.Nakhaei yang juga pernah menyandang jawatan Setiausaha Agung PAS menegaskan bahawa keputusan meninggalkan PAS tidak ada kaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyertai Umno ketika itu."Tidak sama sekali, dan selepas daripada saya keluar daripada kepimpinan PAS dan saya masih jadi ahli PAS, tetapi fitnah kepada saya bertalu-talu."Dan saya merasa begitu tersentuh dengan tindakan-tindakan ahli-ahli PAS itu yang setengahnya mengkafirkan saya dan sebagainya, menyalahkan saya macam-macam, saya tersentuh dengan apa yang mereka lakukan," katanya.
Beliau yang juga merupakan bekas Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut menjelaskan bahawa PAS bukan satu-satunya medium dakwah untuk memperjuangkan Islam.
 "Saya keluar daripada PAS pun saya tidak meninggalkan perjuangan saya untuk memperkenalkan Islam dalam dakwah dan saya teruskan juga memainkan peranan saya untuk menjalankan aktiviti dakwah."Bagi saya bahawa PAS bukan satu wadah yang memestikan saya menyertainya, saya tidak menganggap bahawa saya wajib menyertainya, kalau saya tidak menyertai PAS bermakna saya tidak memperjuangkan Islam, saya tidak berfikiran demikan, dari mula sekalipun," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL